SELAMAT DATANG.(ASSALAMUALAIKUM)

SELAMAT DATANG.(ASSALAMUALAIKUM)

Monday, June 18, 2012

RESEPI SIMPLE CINTA ILAHI....

Assalamualaikum semua.cinta doakan hari anda yang akan datang lebih bahagia dan bermakna.hari nie kite buat spaggeti segar. apa yang bestnye kita x payah beli prego dan sos speggeti segera..kita hanya guna sos cili dan tomato...selamat mencuba semua.

bahan-bahan adalah :

  1. tomato 5 biji sederhana besar.(dipotong dan  blender sikit)
  2. sos cili
  3. cendawan tin (dihiris halus)
  4. daging ayam (dicincang sehingga halus)
  5. bawang merah dalam 2 biji
  6. bawang putih 2 ulas diketuk 
  7. garam halus
  8. oregano (ada kat pasaraya tapi mahal sikit).
  9. cili padi (ikut selera masing nak pedas macam mana).
  10. speggeti 1/2 peket
  11. minyak masak dalam 3 sudu makan.



cara-cara nak masak die...:

  • Rebuskan speggeti dan masukkan 1 sudu kecil garam dan oregano.cinta x suke tambah minyak sebab ia akan jadi terlebih licin.

cara-cara nak buat sos speggeti :
  1. panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan masukkan daging ayam yang telah di cincang,
  2. bila dagimg ayam cincang tu dah masak dan tak berketul boleh masukkan tomato yang di    blender tadi dan sos cili.
  3. masukkan cendawan butang dan oregano serta garam secukup rasa.
  4. tunggu sehingga ia pekat sedikit.sos speggeti dah siap.
  5. angkat dan toskan speggeti yang telah direbus tambah sos yang kite buat tadi dan tadaaa.boleh makan semua..sedap dan gerenti halal.





Wednesday, February 1, 2012

senyum




saya baru dalam proses ingin membuat tajuk pentingnya sebuah senyuman...salam perkenalan sahabat yang baru baca blong ini...saya x kisah jika anda ingin berbual tentang masaalah atau pun anda mempunyai ilmu yang inggin berkongsi dengan saya...saya amat hagai jika anda sanggup kongsi ilmu anda pada saya x kisah walau satu ayat pun janji ilmu ye...em sebab saya masih baru dalam penulisan blong ini...terima kasih jika anda sudi share ilmu..

jika anda inggin kongsi ilmu sila komen ye...

NASIHAT RASULULLAH KEPADA AISYAH R.A


NASIHAT RASULULLAH KEPADA AISYAH R.A 


Aisyah r.a meriwayatkan : Rasulullah SAW bersabda “Hai Aisyah, aku nasihatkan kepada kamu. Hendaklah kamu sentiasa mengingat nasihatku ini. Sesungguhnya kamu akan sentiasa di dalam kebajikan selama kamu mengingati nasihatku ini…”

Isi nasihat Rasulullah s.a.w tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharalah diri kamu. Ketahuilah bahwa sebagian besar daripada kaum kamu (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.

Diantara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a) Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah

(b) Tidak memuji Allah Ta’ala atas kemurahan-Nya, apabila dikaruniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.

(c) Mengkufurkan nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah

(d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia, banyak bicara Yang tidak bermanfaat.

Wahai, Aisyah, ketahuilah :

(a) Bahwa wanita yang mengingkari kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah

(b) Bahwa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

(c) Bahwa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya Pada hari kiamat.

(d) Bahwa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

(e) Bahwa wanita yang mengerjakan sholat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sholatnya.

(f ) Bahwa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun.

(g) Bahwa wanita yang berzina akan dicambuk dihadapan semua makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan lapan puluh kali cambuk dari api.

(h) Bahwa isteri yang mengandung ( hamil ) baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.

(i) Bahwa isteri yang bersalin ( melahirkan ), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

(j) Bahwa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.

Semoga ahlia-ahlia (isteri-isteri) kita dapat mengambil nasihat Nabi pada Aisyah ini di dalam kehidupan mereka. Namun kita sebagai suami hendaklah selalu mendoakan agar ahli-ahlia (isteri-isteri) kita bersifat seperti isteri-isteri Nabi saw serta kita hendaklah juga selalu memaafkan kesalahan dan kesilapan mereka. Pernah seorang lelaki mendatangi Umar r.a untuk mengambil pandangan berkaitan masaalah isterinya yang banyak bersongeh dan berleter. Setelah sampai didapati isteri Umur r.a pun seperti isterinya suka bersongeh dan berleter. Lalu ia pun meninggalkan Umar r.a. Setelah berjalan beberapa langkah Umar r.a menyedari lalu memanggil lelaki itu datang semula menghampirinya.

Setelah diterangkan maksud kedatangannya lalu Umar r.a pun berkata,: "Siapa mereka, mereka adalah isteri kita. Mereka mendidik dan memelihara anak-anak kita. Merekalah yang menjaga harta benda kita. Mereka memasak makanan serta membasuh pakaian kita. Dan yang lebih penting mereka memelihara kita dari terjebak dengan zina. Sedikit kesilapan dan kesalahan mereka maafkanlah". Lalu lelaki itu pun pulang dengan perasaan puas dengan nasihat Umar r.a.

Wallahua'lam

Em saya x ingat saya ambil maklumat ini dari siapa…maaf.

Monday, January 30, 2012

cintailah ALLAH.

SAYANGNYA ALLAH KEPADA HAMBANYA

Rasulullah s.a.w. ada bersabda,katanya,

"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,

"Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan,

"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.

Malaikat yang di kiri bertanya lagi,

"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan,

"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,

"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.